Friday, November 20, 2009

.:: Emas untuk digali ::.

Kalau nampak air tenang kita patut lebih berhati-hati, sebab dalam air tenang macam-macam boleh terjadi. Tapi kalau nampak orang tenang kita patut dekati, sebab dalam diri orang tenang ada emas untuk di gali.

Kita selalu ditipu dalam keadaan kita tidak sangka akan tertipu. Orang jahat tidak pernah memilih orang jahat untuk ditipunya tetapi dia memilih orang baik. Orang baik pula oleh kerana terlalu baik selalu tertipu akibat terlalu baik sangka. Selalunya orang yang berniat jahat akan mempamerkan wajah baik untuk memperdayakan orang baik. Pada zaman ini terlalu kurang si jahat yang memiliki wajah yang jahat. Maka itu peratus orang baik yang terpedaya dengan orang jahat semakin ramai.

Suatu hari seseorang berkata, dia tawakal dengan untanya yang dilepaskan sewaktu bertemu Rasulullah s.a.w. Dia sangka semua orang baik sepertinya. Tidak mungkin unta itu akan hilang di kebas orang. Tetapi apabila Rasulullah s.a.w mengetahuinya, baginda menyuruh orang itu menambat untanya dahulu kemudian barulah bertawakal. Bermakna tidak boleh terlalu berbaik sangka.




Adakalanya perlu juga berasa curiga dan bersikap berhati-hati meskipun di kalangan orang yang boleh dipercayai. Kadang-kadang apabila terlalu percaya di situlah kesilapan akan tiba.

Tatkala berhutang atau memberi hutang, tuliskan lah untuk jadi peringatan. Kalau terlalu percaya ada kemungkinan hutang itu tidak akan dibayar. Menuliskannya bukan berti tidak percaya tetapi sebagai peringatan pada saat-saat lupa.

Terlalu percaya samalah macam istilah lurus bendul. Terlalu lurus selalunya menjadi mangsa pada jenaka manusia. Kadang kala kena ada juga rasa curiga. Curiga untuk beringat bukan curiga untuk berburuk sangka.

Seseorang berkata pada kawannya, "Mat, tak guna simpan duit banyak-banyak. Bila kiamat satu apa pun tak guna lagi. Lebih baik engkau belanjakan duit itu. Kiamat akan datang tiba-tiba. Nanti tak sempat engkau belanjakan semua hatra. Penat saja bekerja siang malam selama ini." Betul juga fikir Mat. Maka dia membelanjakan semua wangnya. Mat akan berakhir sebagai seorang yang muflis.

Kena ada rasa curiga dan tidak boleh terlalu lurus untuk menikmati hidup yang selesa. Manusia ada pelbagai ragam dan gaya. Sesetengahnya memang mencari kesempatan pada kedunguan orang lain. Mat sepatutnya berfikir begini, bekerjalah engkau seolah-olah engkau akan hidup seribu tahun lagi dan beribadalah engkau seolah-olah engkau akan mati esok hari.

Kata orang tua-tua, kalau melihat air tenang usah di sangka tak ada buaya. Sememangnya buaya tinggal dalam sungai yang berarus tenang. Pergerakan buaya juga penuh ketenangan. Kalau ia berehat di tebing sungai, ia bagaikan batang kayu mati-cukup tenang dan cukup baik. Namun, usah leka sebab ekornya boleh libas tiba-tiba. Di dalam air buaya boleh muncul di bawah air yang tenang, di dataran juga buaya boleh menyerang walaupun kelihatannya sudah mati.



Berbeza dengan orang tenang, di situ ada emas untuk di gali. Orang yang tenang biasanya penuh berilmu. Pergilah dampingi orang yang tenang, sesuatu yang berharga pasti akan diperolehi.

Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang belum bermakna tenang. Orang tenang biasanya berilmu, orang tenang biasanya warak, orang tenang biasanya lunak, maka dekatilah dia.


*Petikan buku, Membina Personaliti Terbilang, Dr Hm Tuah Iskandar Al-haj. Keluaran karya bestari. Muka surat 17

Sunday, October 18, 2009

.:: Cuti Deepavali Di Terengganu ::.

Salam hujung minggu buat semua...

Alhamdulillah syukur padaNya atas kurniaan segala nikmat yang ternilai.. ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara....
Atas kemurahan rezekiNya, abufarhana mendapat rezeki yang lebih untuk bulan ni hasil perniagaan yang tidak seberapa itu.. maka dengan nikmat rezeki yang mencurah itu.. abufarhana berbesar & berbaik hati membawa ummu farhana & farhana berjalan2 ke Negeri Darul Iman Bandaraya Persisiran Pantai...
Teratak makndak & pakndak destinasi & penginapan yang dibooking .. hehe...

Sesampai di Terengganu ummuwaabufarhana singgah menaju selera di Gelas Besar Seberang Takir disusuli dengan kehadiran pakndak & makndak... ummufarhana melepaskan kempunan memakan kepok lekor yang agak best!!
Kenyang menjamu selera kami pulang ke teratak melepaskan penat lelah 4 jam perjalanan..

*Setibanya di teratak FirJah...


Plannya nak ke Taman Tamadun Islam.. tapi masa tak mengizinkan.. kami hanya sempat berkelah di Pantai Baru Burok sambil menjamu selera e-Nasi Kukus... kemudian sempat plak pekena aiskrim goreng & ABC di medan selera Batu Burok.. hehe... boleh tahan sedapnya...

Jom layan pic kenangan hari kejadian .... bersama farhana yang menceriakan suasana..





* Baba yang makin lebar & pakndak yang still handsom lagi cool.. hihi


* Aksi Farhana yang makin cooommmeeellll !!!

Monday, September 28, 2009

.:: Aidilfitri yang penuh bermakna ::.

Salam Aidilfitri buat semua...

Alhamdulillah kita masih lagi dikurniakan nikmat yang tak ternilai ini .. masih mampu bangun dengan tersenyum untuk meneruskan kehidupan yang mendatang.. kepadaNya sahaja yang layak untuk segalanya... Syukur Ya Rabb...

Kini sudah 9 Syawal 1430h...bermakna sudah seminggu kita meraikan Aidilfitri... Aidilfitri tahun ini merupakan Aidilfitri yang penuh bermakna buat ummuwaabufarhana coz 1st time dapat meraikannya bersama "cahaya mata kegembiraan" ini...

Meh layan gambar farhana di Aidilfitri... mak tam Ton jangan lupa tengok tau!!!

* Farhana bersama TokWanKasim & TokPitah serta mak2 & pak2 menakan yang sangat baik hati !!


* Farhana bersama Baba & Mama tersayang...


* yeeeaaaaaa... happynya farhana....


* Ni Farhana dalam keta mak ndak ontheway ke umah pakteh sani!!
Bessssstttt naik keta makndak.. selesa!!! hehe


* Atas : Farhana bersama pak2 & mak2 menakan yang hensem2 dan cun2...haha
* Kiri : Farhana bersama paksu Zuhdi (kembar NABIL Raja Lawak)... haha
* Kanan : Farhana dengan mak ndak & pak ndak yang sporting!! kahkahkah


Sekian..... mak tam cepat balikkkkkkkk!!!

Monday, August 31, 2009

.:: Untuk tatapan Mak Tam Ton @ EGYPT ::.

* Untuk tatapan mak tam di Eygpt ... ni gambar farhana terkini...

Salam sejahtera buat semua.... salam kemerdekaan jua salam ramadhan al mubarak..

Penghujung Syaaban & menjelang Ramadhan minggu lepas... ummuwaabufarhana pulang ke kampung bersempena dengan cuti sekolah... pulang bukan bertiga tapi konvoi bersama pak ndak & mak ndak beserta maklong & yaya...

* Ni time berenti kat Masjid Tanah Merah untuk tukar penumpang..hihi

Pepagi Jumaat itu kul 10 lebih kami bertolak & berenti makan di R&R Perah... dah lewat petang baru sampai Bukit Pinang.. ummuwaabufahana ke Bukit Pinang dulu coz nak antar maklong & yaya.. mak ndak & pak ndak terus balik ke Naka.. malamnya ummuwaabufarhana balik ke Naka...

Meh tengok aksi farhana sepanjang perjalanan pulang...





Farhana dah pandai gelak ketawa.... teriak lagi la pandai...
Pak Ndak heran.. awat la farhana bila nampak pak ndak ja akan teriak.. nak kata muka pak ndak "bekheng" tidak sama sekali sbb muka pak ndak kan muka baik hati ..hihi..
mungkin sbb pak ndak lain dari yang lain kot ada mata 4... nnti kalau farhana nampak mak tam ton pun mungkin farhana akan teriak jugak sbb mak tam pun mata 4.. hihi

Ok .. selamat berpuasa semua....selamat berbuka jugak...

Sunday, August 30, 2009

.:: Salam Ramadhan & kemerdekaan !!! ::.

Salam Ramadhan Kareem buat semua...
Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke 52 tahun...

Setelah puas menggunakan perkhidmatan astro yang tak setera mana tu.. ummuwaabufarhana decided nak tutup astro dan menggantikan celcom broadband..

Dengan kecekapan seorang mak ndak (perasan :) )... tanggal 31 Ogos 2009 , mak ndak tolong binakan sebuah "rumah" untuk ummuwaabufarhana.. sbb mak ndak tau ummufarhana suka menulis...so ummufarhana cat2 la umah farhana ni cantik2 ya..
simpanlah segala kenangan & pengalaman membesarkan "cahaya mata kegembiraan" ini sebanyak yang mungkin... at least boleh mak ndak serta semua mak2 & pak2 menakan tau perkembangan farhana kan... dan... bila farhana dah besar nanti boleh farhana tatap semula segala pengorbanan ummuwaabu membesarkan farhana...

Ok.. buat semua.. salam perkenalan... boleh linkkan jika berminat...
Blog ni sekadar menyimpan kenangan & perkongsian apa yang patut...

Wallahua'lam...